Pages

Wednesday 4 July 2012

Nigella Sativa - Kelebihan

KELEBIHAN
Disebabkan oleh kehadiran beberapa kandungan bahan aktif dalam minyak Habbatus Sauda’, ia mempunyai kelebihan dan nilai yang tinggi dalam bidang perubatan. Di dalam sistem perubatan Yunani, Habbatus Sauda’dianggap sebagai ubat yang bernilai bagi merawati pelbagai  jenis penyakit.  Islam telah menggariskan kepentinganya di dalam hadith.  

Menurut hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, beliau berkata,
  "Saya telah mendengar Rasulullah (S.A.W), bersabda : Bahawa serbuk hitam (Habbatuss sauda’) adalah ubat bagi segala penyakit kecuali kematian." Riwayat Bukhari dan Muslim.

Rasulullah (S.A.W) turut bersabda : "Tetaplah kamu berubat dengan Habbatus Sauda'. ini kerana sesungguhnya ia mengandungi bahan penyembuh bagi segala penyakit kecuali mati." Riwayat Bukhari

Habbatus Sauda’ telah digunakan secara tradisional di Timur Tengah dan negara-negara Asia Tenggara untuk merawat penyakit yang berkaitan dengan:
  1. Anti oksida
  2. Analgesik
  3. Anti virus
  4. Anti kanser
  5. Anti radang
  6. Anti allergi
  7. Arthritis  
  8. Diabetes
  9. Darah tinggi
  10. Hepatoprotective
  11. Buah pinggang
  12. Penghadaman (kesihatan usus)
  13. Peredaran dan sokongan sistem imun
  14. Mengurangkan masalah kulit (ekzema)
  15. Kesihatan pernafasan (asma, bronkitis)
  16. Batu Karang & Batu Hempedu 
  17. Meningkatkan pengeluaran susu ibu
  18. Mengatur kitaran haid
  19. Masalah tidur
  20. Keguguran rambut, dsb.
 


Nigella Sativa - Bahan Aktif


Minyak Habbatus Sauda’ mengandungi pelbagai bahan aktif seperti:

  1. Nigellin dan Melathin
    Menggalakkan pembersihan saluran pencernaan.

  1. Sterols
    Mengandungi beta-sterol untuk mengurangkan kandungan kolesterol di dalam badan.

  1. Volatile Oils
    Mengandungi dichloromethane, thymoquine dan nigellon yang bertindak mengubati masalah pernafasan dan mengurangkan kesan alahan.

     4.  Fatty Acids 
          Menggalakkan hati yang sihat dan berfungsi dengan baik.

Sunday 1 July 2012

Nigella Sativa - Pengenalan


PENGENALAN
Nigella sativa berasal dari keluarga Ranunculaceae, ia merupakan tumbuhan berbunga (angiosperma) yang berasal dari kawasan Mediterranean tetapi telah ditanam di bahagian-bahagian lain di dunia seperti di Asia, Afrika dan Semenanjung Arab. Nigella sativa yang ditemui di banyak tempat; dari Timur Mediterranean ke Timur Laut India. Ia biasanya ditanam di Mesir, Timur Tengah (Arab Saudi khususnya), Turki, Sri Lanka, Kenya, Sudan, Afghanistan Eropah dan banyak lagi tempat. Ia tumbuh dengan ketinggian 20-30 cm,  berbatang dan berdaun halus dan linear. Ia mempunyai bunga yang halus, dan biasanya berwarna biru pucat dan putih dan mempunyai 5 hingga10 kelopak.


Buah berupa kapsul yang terdiri daripada gabungan 3 hingga 7 folikel dan mengandungi banyak biji benih. Biji benih ini dikenali sebagai Habbatus Sauda’, bahasa arab yang  bermaksud biji hitam.  Nama tersebut diperolehi kerana ia berwarna kehitaman, berbentuk bot dan tirus di hujungnya.