Pages

Sunday 1 July 2012

Nigella Sativa - Pengenalan


PENGENALAN
Nigella sativa berasal dari keluarga Ranunculaceae, ia merupakan tumbuhan berbunga (angiosperma) yang berasal dari kawasan Mediterranean tetapi telah ditanam di bahagian-bahagian lain di dunia seperti di Asia, Afrika dan Semenanjung Arab. Nigella sativa yang ditemui di banyak tempat; dari Timur Mediterranean ke Timur Laut India. Ia biasanya ditanam di Mesir, Timur Tengah (Arab Saudi khususnya), Turki, Sri Lanka, Kenya, Sudan, Afghanistan Eropah dan banyak lagi tempat. Ia tumbuh dengan ketinggian 20-30 cm,  berbatang dan berdaun halus dan linear. Ia mempunyai bunga yang halus, dan biasanya berwarna biru pucat dan putih dan mempunyai 5 hingga10 kelopak.


Buah berupa kapsul yang terdiri daripada gabungan 3 hingga 7 folikel dan mengandungi banyak biji benih. Biji benih ini dikenali sebagai Habbatus Sauda’, bahasa arab yang  bermaksud biji hitam.  Nama tersebut diperolehi kerana ia berwarna kehitaman, berbentuk bot dan tirus di hujungnya.

No comments:

Post a Comment